Wednesday, May 3, 2023

Kata Alu-Aluan

Sudilah tuan jalan berlapan,

Jalan berlapan di malam kelam,

Sudilah tuan beri ucapan,

Kata aluan pemanis Kalam


Selamat Datang ke blog kami.Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog kami yang tidak seberapa ini. Kami merupakan pelajar dari Politeknik Kota Bharu,Kelantan dan perlu menghasilkn e-Folio melalui blog.

Blog ini dibina berasaskan format blog rasmi dan mengandungi sumber-sumber yang berguna, bagi pelajar yang sedang membuat pencarian dalam pelajaran.

Selain itu, diharapkan juga blog saya mampu memberi santapan informasi yang berguna kepada tetamu blog ini dan dapat melahirkan idea yang berguna dalam menyuarakan pendapat yang boleh dikongsi bersama.

Sekian sahaja dari kami.Kami berharap para pengunjung dan pembaca menyukai konsep blog ini dan menggunakan blog ini sebaik mungkin.

Jika anda mempunyai sebarang soalan, boleh meninggalkannya dia ruang komen yang disediakan




Peranan Rukun Negara

-Membentuk keperibadian rakyat

-Mengekalkan kesepakatan kaum

-Mengelakkan perpecahan dan persengketaan

Ahli Kumpulan

 

MUHAMAD AMIR NUDIN BIN SHAFUDIN

(04DEP22F1004)

MUHAMMAD ATIQ BIN MOHD AZIZI
(04DEP22F1008)



MUHAMAD SYAHMI NAZRAN BIN ZULKARNAIN

(04DEP22F1014)


MOHAMMAD HARITH IRFAN BIN MOHD SYUKRAN

(04DEP22F1013)


Pendahuluan

Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan Malaysia yang diperkenalkan secara rasmi pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara bertujuan untuk membentuk keperibadian rakyat negara ini sebagai bangsa Malaysia yang bersatu padu. Terdapat lima prinsip ideologi yang menjadi tonggak perpaduan antara rakyat untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat; memelihara cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; dan, untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden.

Perkara ini dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera selama-lamanya. Namun pada masa ini, prinsip rukun negara makin terpinggir dan dilupakan oleh masyarakat kita terutamanya dalam kalangan generasi muda. Oleh itu, kepentingan penghayatan Rukun Negara dan pelbagai langkah yang efektif untuk memupuk kesedaran rakyat Malaysia dalam menghayati prinsip-prinsip rukun negara akan dibincangkan.

Mengelakkan perpecahan dan persengketaan

Asas kerukunan hidup bermasyarakat ialah permuafakatan dan perpaduan yang melambangkan wujudnya "kesatuan hati".Perpecahan dan persengketaan pula menyebabkan anggota masyarakat itu akan sentiasa bergelut dengan tarikan yang berbeza arah.Ini bermakna "konflik" yang tidak berkesudahan akan menghantui kehidupan masyarakat.Justeru,bagi membentuk sebuah negara yang padu mesti ada etika dan falsafah kenegaraan yang dapat membina kecintaan(patriotisme),kesetiaan,permuafakatan dan perpaduan rakyatnya.

Rukun Negara sebagai satu bentuk garis panduan dalam membina masyarakat yang bersatu padu, adil dan harmoni.Rukun Negara telah menjad dasar kesatuan dan perpaduan bangsa serta pedoman bagi kegiatan hidup masyarakat pelbagai kaum dan budaya di negara ini.

Rukun Negara asas dalam perpaduan dapat mengutamakan kepentigan negara berbanding peribadi

-melalui sukan
-melalui pekerjaan 
-melalui penglibatan dalam ekonomi
 
Rukun Negara dapat mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan anggota masyarakat
-semua rakyat hendaklah mendukung cita cita untuk membentuk satu bangsa dan negara tanpa mengira keturunan dan kepercayaan. 





Mengekalkan kesepakatan kaum

Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama, iaitu membentuk perpaduan kukuh dalam  kalangan rakyat dan menjadi identiti rakyat Malaysia.Antara matlamat Rukun Negara ialah mewujudkan masyarakat Malaysia ke arah mencapai perpaduan lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat. Bagi mencapai matlamat ini, digariskan lima prinsip Rukun Negara yang perlu difahami dan dihayati setiap lapisan masyarakat.Satu daripadanya adalah Keluhuran Perlembagaan.

Keluhuran Perlembagaan bermaksud setiap rakyat perlu dan wajar menerima Perlembagaan adalah sumber undang-undang tertinggi dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya.Perlembagaan adalah sumber rujukan tertinggi bagi segala hal berkaitan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosioekonomi rakyat.Peranannya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat mengenai hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai dan memahami maksud serta kandungan dan latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan Persekutuan digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini yang dikenali sebagai kontrak sosial. Menerusi kontrak sosial ini, orang bukan Melayu diberikan hak kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip jus soli.

Orang Melayu pula diperuntukkan dalam Perlembagaan mengenai agama Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta kedudukan Raja-Raja Melayu atau apa yang dipanggil sebagai tiang seri dalam Perlembagaan.Penggunaan istilah tiang seri Perlembagaan lebih tepat dan wajar kerana isu agama Islam, kedudukan istimewa orang Melayu dan bahasa Melayu sering menjadi konflik dalam masyarakat.Ia menggambarkan pentingnya perkara ini dihayati supaya tidak timbul sebarang pertikaian dalam pelbagai etnik di Malaysia dan berbezanya perkara ini dengan Perlembagaan yang ada di negara lain.

Dari perspektif hubungan etnik di Malaysia, perkara yang dianggap menguntungkan orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan diimbangi dengan peruntukan lain yang juga memberi kelebihan kepada etnik bukan Melayu.Perkara yang menetapkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan diimbangi dengan peruntukan kebebasan bagi setiap rakyat menganut dan mengamalkan apa-apa agama dalam suasana aman dan harmoni.

Begitu juga perkara yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, juga diimbangi dengan peruntukan bahawa tidak ada seorang pun yang boleh dilarang daripada menggunakan atau mengajar atau mempelajari apa-apa bahasa lain.Hal sama juga berlaku ke atas perkara yang menetapkan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah serta Sarawak diimbangi dengan peruntukan bahawa kerajaan tidak boleh melucut, menarik balik atau menyebabkan hak kaum lain terhakis.

Maka, perkara ini perlu difahami setiap lapisan masyarakat, khususnya generasi muda supaya sentiasa berlapang dada dalam sesuatu isu membabitkan bahasa Melayu, Islam dan orang Melayu dalam Perlembagaan.






Membentuk keperibadian rakyat

 Rukun Negara bertujuan untuk membentuk keperibadian rakyat negara ini sebagai bangsa Malaysia yang bersatu padu. Terdapat lima prinsip ideologi yang menjadi tonggak perpaduan antara rakyat supaya dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera selam-selamanya. Namun pada masa ini, prinsip rukun negara makin terpinggir dan dilupakan oleh masyarakat kita terutamanya dalam kalangan generasi muda.Oleh itu, kepentingan penghayatan Rukun Negara dan pelbagai langkah yang efektif untuk memupuk kesedaran rakyat Malaysia dalam menghayati prinsip-prinsip rukun negara akan dibincangkan.

 Selain itu, rakyat dapat melahirkan jati diri yang tinggi melalui penghayatan Rukun Negara. Individu yang patuh pada prinsip Rukun Negara akan sentiasa mempunyai jati diri yang utuh dan teguh dalam menjalani kehidupan. Dengan ini mereka dapat mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan budaya barat atau budaya hedonisme seperti terlalu berteraskan hiburan yang melampau, pergaulan bebas tanpa batas, dan hilang amalan berbudi bahasa. Individu yang setia kepada negara tidak akan belot dan menjadi pengkhianat negara. Tuntasnya, penghayatan Rukun Negara dapat melahirkan rakyat yang mempunyai jati diri.



Kesimpulan

 Kesimpulannya, Rukun Negara memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Lima prinsip asas dalam Rukun Negara, iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, dan kesopanan dan kesusilaan, memberi panduan moral dalam membangun keharmonian dan persatuan dalam masyarakat Malaysia. Prinsip-prinsip ini menekankan nilai-nilai moral dan kesopanan dalam kehidupan sosial dan politik Malaysia, serta menekankan kepentingan menghormati kepelbagaian agama, budaya, dan bangsa dalam negara.

Rukun Negara memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan di Malaysia dan membantu membina identiti kebangsaan yang kuat dan bersatu. Ia memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat di dalam negara, membina negara yang stabil dan sejahtera, serta membantu memupuk sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia.

Melalui amalan Rukun Negara, rakyat Malaysia dapat memperkukuhkan perpaduan dan mengatasi perbezaan dalam masyarakat. Ia membantu membina kesedaran dan memupuk sikap saling menghormati dan memahami kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia, serta membina satu negara yang stabil dan sejahtera. Oleh itu, Rukun Negara perlu dijadikan sebagai asas dalam membentuk masyarakat Malaysia yang lebih bersatu dan harmoni, memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat di dalam negara, serta membina sebuah negara yang maju dan bertaraf dunia.

Rujukan

https://assets.bharian.com.my/images/articles/m10-perlembagaan_BHfield_image_socialmedia.var_1599188469.jpg

http://sultanmuzaffar.blogspot.com/2010/01/rukun-negara-sejauh-mana-kita.html

https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fdbook.penerangan.gov.my%2Fdbook%2F%3Fproduct%3Dini-janji-kita-5-prinsip-rukun-negara&psig=AOvVaw0wDuEt1TVLDsjYVjhzcakj&ust=1683172045041000&source=images&cd=vfe&ved=0CBMQjhxqFwoTCKCMzdae2P4CFQAAAAAdAAAAABAJ

https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2021/01/774092/rukun-negara-asas-perpaduan-pembinaan-negara-bangsa

http://kumpulanduapunya.blogspot.com/2014/10/pengenalan.html

https://www.google.com/imgres?imgurl=https%3A%2F%2Fimgv2-1-f.scribdassets.com%2Fimg%2Fdocument%2F356507295%2Foriginal%2F1c48a0f9ea%2F1678845052%3Fv%3D1&tbnid=gtUbQp1GSydO9M&vet=12ahUKEwj45P-ntdj-AhUsDbcAHfnfB78QMygCegUIARDCAQ..i&imgrefurl=https%3A%2F%2Fid.scribd.com%2Fdocument%2F356507295%2FRukun-Negara-Dalam-Membentuk-Sebuah-Masyarakat-Yang-Harmoni&docid=UiTAE3KEP7veCM&w=768&h=1024&q=rukun%20negara%20untuk%20dalam%20membentuk%20sebuah&ved=2ahUKEwj45P-ntdj-AhUsDbcAHfnfB78QMygCegUIARDCAQ

Soalan Lazim

Bagaimanakah Rukun Negara terwujud?

Rukun Negara adalah sebuah manifesto atau deklarasi kepercayaan yang diumumkan pada tahun 1970-an oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak. Ia merupakan sebuah panduan moral bagi rakyat Malaysia dan digunakan sebagai asas dalam memupuk perpaduan di antara pelbagai kaum dan agama yang ada di Malaysia. Terdapat lima prinsip asas dalam Rukun Negara yang berfungsi sebagai landasan dalam membangun keharmonian dan persatuan dalam masyarakat Malaysia.

Kata Alu-Aluan

Sudilah tuan jalan berlapan, Jalan berlapan di malam kelam, Sudilah tuan beri ucapan, Kata aluan pemanis Kalam S elamat Datang ke blog kami....